Saturday 22 March 2014

Become Healthy & Active Senior Citizens (Jadilah Warga Emas Yang Sihat & Aktif)







Daya penyerapan nutrien badan akan menurun apabila usia semakin meningkat. Jika kita tidak peka akan hal ini, kemungkinan besar badan kita akan mengalami masalah kurang zat.

Golongan warga emas khasnya, perlu menjaga pemakanan mereka dengan lebih teliti kerana lumrahnya, kelenjar air liur warga emas tidak mampu menghasilkan air liur yang mencukupi untuk menghadam karbohidrat. Makanan juga tidak dapat dikunyah sepenuhnya akibat bilangan gigi yang berkurangan. Selain itu, jumlah rembesan jus gaster dan daya penyerapan gastrousus yang menurun adalah antara faktor penyebab mereka tidak boleh menghadam makanan dengan sempurna. Maka, golongan warga emas disarankan supaya makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit. Warga emas juga digalakkan mengambil Well3 Life Enzyme untuk menangani masalah penghadaman.

Risiko kegemukan dan penyakit kardiovaskular turut meningkat apabila usia semakin meningkat. Inilah masanya untuk mengambil Well3 Omega 3 bagi mengurangkan risiko tersebut, Di samping itu, warga emas perlu berjaga-jaga dengan jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan kedua-dua masalah ini, selain kerap bersenam. Sejajar dengan kadar metabolisme yang semakin rendah juga, warga emas perlu mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk menikmati hidup yang sihat dan harmoni.

Risiko penyakit warga emas:

1. Kencing Manis
Lazimnya, kadar toleransi glukosa tubuh badan akan menurun pada usia ini. Individu gemuk atau yang tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya mudah diserang kencing manis.
Cadangan:
Amalkan Well3 Life Enzyme atau DiaLife bagi menggalakkan pankreas menghasilkan insulin secara normal untuk membantu sel-sel membakar glukosa.

2. Osteoporosis
Wanita, terutamanya yang menopaus, berisiko tinggi mendapat osteoporosis tetapi kaum lelaki juga boleh mengalaminya. Pencegahan paling berkesan adalah mengambil kalsium yang secukupnya, terutama ketika muda.
Cadangan:
Amalkan CNI Goat Milk untuk menambah kalsium badan (kandungan kalsium susu kambing lebih tinggi daripada susu lembu).

3. Demensia dan Alzheimer
Kemerosotan keupayaan mental adalah normal dalam proses penuaan. Warga emas disarankan mengambil ekstrak ginkgo kerana kandungan lakton di dalamnya terbukti menggalakkan peredaran darah ke otak dan meningkatkan fungsi sel-sel otak.

4. Daya ketahanan lemah
Daya ketahanan akan semakin menurun apabila usia semakin meningkat, menyebabkan warga emas mudah diserang penyakit. Pengambilan antioksidan seperti vitamin C boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Beauty With CNI





Lingkaran Hitam…Kulit Menggeleber, Garisan Halus Di Keliling Mata? Tidak Lagi!
Mata adalah anggota yang paling kerap mengalami masalah akibat kita menghabiskan waktu berjamjam di depan komputer, kerap tidur lewat atau mengalami masalah insomnia. Masalah lingkaran hitam, kulit menggeleber dan garis halus pada bahagian mata akan menjadikan kita kelihatan kurang bermaya atau tua sebelum masanya.
Bagaimanakah menjaga mata bagi memiliki mata yang menarik dan menyerlahkan penampilan diri? Caranya mudah sekali dengan amalan penjagaan mata dan urutan yang ringkas.

Langkah Penjagaan Mata Yang Mudah
Bersihkan kulit sekitar mata setiap hari dengan penanggal solekan yang lembut. Selepas itu, sapukan krim mata yang dapat menyegar, menenang, mencerah dan melembapkan kulit serta bersifat anti-pengoksidaan.

Urut Mata
Mengurut mata secara kerap boleh melancarkan peredaran darah di sekitar mata
1. Fokuskan pandangan anda pada satu objek di hadapan; gerakkan kepala anda sehingga pandangan mata selari dengan bahu kanan, kemudian tukar arah yang bertentangan.

2. Gosok kedua-dua tapak tangan hingga panas; tekap mata kiri dengan tapak tangan kiri dan mata kanan dengan tapak tangan kanan. Ulangi langkah ini sebanyak 3-4 kali. Kemudian, tutup kelopak mata dan pusingkan kedua-dua bola mata ke kiri dan kanan secara bergilir-gilir.

3. Tekan dan urut dengan lembut kedua-dua bahagian tepi mata berdekatan hidung dengan ibu jari selama beberapa saat; kemudian tekan bahagian atas kelopak mata dan bawah mata dengan lembut menggunakan hujung jari sebanyak 5-6 pusingan.

Petua
1. Gaul Lyophilized Royal Jelly dengan Whyte Magic Bio White Essence 3C atau Cni Skin Young Serum hingga sebati untuk dijadikan pupur. Tutup mata, sapu sebatian tersebut, dan biarkan selama 25-30 minit. Bilas dengan air hingga bersih, kemudian sapukan Cni Eye Cream dan urut lembut bagi menggalakkan krim meresap ke dalam kulit. Ulangi langkah ini 2-3 kali seminggu untuk mata yang lebih segar dan bersinar!
2. Tingkatkan pengambilan Vitamin C, Lyophilized Royal Jelly dan Well3 Omega 3 untuk memperbaiki masalah mata kering, melambatkan proses kemerosotan daya penglihatan, mencegah masalah katarak dan melindungi retina.





Up Cocoa Hot Chocolate

Minuman coklat panas yang menjadi kegemaran ramai – bukan sahaja kerana rasanya yang hebat tetapi juga ia mampu meningkatkan kecergasan tubuh. Di bawah penjenamaan Up, rasa Up Cocoa Hot Chocolate diperhebatkan lagi dengan kepekatan coklat yang lebih “KAW”. Sesuai dinikmati tidak kira ketika cuaca panas mahupun sejuk,bila-bila masa. Mengandungi keunikan 4 komponen kesihatan yang memelihara kesihatan anda.

Inulin - melawaskan dan membantu menjaga kesihatan usus.

Calcium - mengandungi 134mg setiap hidangan bersamaan 16.75% RNI (Pengambilan Nutrisi Yang Disyorkan)

Taurine & Choline - baik untuk perkembangan otak

Zinc - mengandungi 1.0mg per serving dimana sama dengan 15%RNI and menggalakkan perkembangan kesihatan.

Thursday 20 March 2014

CNI Tongkat Ali & Ginseng Coffee

Tongkat Ali Ginseng Coffee

For strength and vitality, it has to be CNI Tongkat Ali Ginseng Coffee

 

20 sticks/ pouch





Wednesday 19 March 2014

Well3 Prune Berries


Well3 Prune Berries is a blend of pure California prune concentrate with mixed berries. It is full of natural goodness with no added sugar or any other additives and preservatives. 

Prune is known as Superfruit, it is rich in antioxidants, vitamins and minerals. The addition of berries maximizes its nutritional value.Additionally, Prune Berries can be included in your favourite recipe for a nutritious home-cooked meal. 

30 sticks × 10g