Saturday 22 March 2014

Beauty With CNI





Lingkaran Hitam…Kulit Menggeleber, Garisan Halus Di Keliling Mata? Tidak Lagi!
Mata adalah anggota yang paling kerap mengalami masalah akibat kita menghabiskan waktu berjamjam di depan komputer, kerap tidur lewat atau mengalami masalah insomnia. Masalah lingkaran hitam, kulit menggeleber dan garis halus pada bahagian mata akan menjadikan kita kelihatan kurang bermaya atau tua sebelum masanya.
Bagaimanakah menjaga mata bagi memiliki mata yang menarik dan menyerlahkan penampilan diri? Caranya mudah sekali dengan amalan penjagaan mata dan urutan yang ringkas.

Langkah Penjagaan Mata Yang Mudah
Bersihkan kulit sekitar mata setiap hari dengan penanggal solekan yang lembut. Selepas itu, sapukan krim mata yang dapat menyegar, menenang, mencerah dan melembapkan kulit serta bersifat anti-pengoksidaan.

Urut Mata
Mengurut mata secara kerap boleh melancarkan peredaran darah di sekitar mata
1. Fokuskan pandangan anda pada satu objek di hadapan; gerakkan kepala anda sehingga pandangan mata selari dengan bahu kanan, kemudian tukar arah yang bertentangan.

2. Gosok kedua-dua tapak tangan hingga panas; tekap mata kiri dengan tapak tangan kiri dan mata kanan dengan tapak tangan kanan. Ulangi langkah ini sebanyak 3-4 kali. Kemudian, tutup kelopak mata dan pusingkan kedua-dua bola mata ke kiri dan kanan secara bergilir-gilir.

3. Tekan dan urut dengan lembut kedua-dua bahagian tepi mata berdekatan hidung dengan ibu jari selama beberapa saat; kemudian tekan bahagian atas kelopak mata dan bawah mata dengan lembut menggunakan hujung jari sebanyak 5-6 pusingan.

Petua
1. Gaul Lyophilized Royal Jelly dengan Whyte Magic Bio White Essence 3C atau Cni Skin Young Serum hingga sebati untuk dijadikan pupur. Tutup mata, sapu sebatian tersebut, dan biarkan selama 25-30 minit. Bilas dengan air hingga bersih, kemudian sapukan Cni Eye Cream dan urut lembut bagi menggalakkan krim meresap ke dalam kulit. Ulangi langkah ini 2-3 kali seminggu untuk mata yang lebih segar dan bersinar!
2. Tingkatkan pengambilan Vitamin C, Lyophilized Royal Jelly dan Well3 Omega 3 untuk memperbaiki masalah mata kering, melambatkan proses kemerosotan daya penglihatan, mencegah masalah katarak dan melindungi retina.





No comments:

Post a Comment