Saturday 22 March 2014

Become Healthy & Active Senior Citizens (Jadilah Warga Emas Yang Sihat & Aktif)







Daya penyerapan nutrien badan akan menurun apabila usia semakin meningkat. Jika kita tidak peka akan hal ini, kemungkinan besar badan kita akan mengalami masalah kurang zat.

Golongan warga emas khasnya, perlu menjaga pemakanan mereka dengan lebih teliti kerana lumrahnya, kelenjar air liur warga emas tidak mampu menghasilkan air liur yang mencukupi untuk menghadam karbohidrat. Makanan juga tidak dapat dikunyah sepenuhnya akibat bilangan gigi yang berkurangan. Selain itu, jumlah rembesan jus gaster dan daya penyerapan gastrousus yang menurun adalah antara faktor penyebab mereka tidak boleh menghadam makanan dengan sempurna. Maka, golongan warga emas disarankan supaya makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit. Warga emas juga digalakkan mengambil Well3 Life Enzyme untuk menangani masalah penghadaman.

Risiko kegemukan dan penyakit kardiovaskular turut meningkat apabila usia semakin meningkat. Inilah masanya untuk mengambil Well3 Omega 3 bagi mengurangkan risiko tersebut, Di samping itu, warga emas perlu berjaga-jaga dengan jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan kedua-dua masalah ini, selain kerap bersenam. Sejajar dengan kadar metabolisme yang semakin rendah juga, warga emas perlu mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk menikmati hidup yang sihat dan harmoni.

Risiko penyakit warga emas:

1. Kencing Manis
Lazimnya, kadar toleransi glukosa tubuh badan akan menurun pada usia ini. Individu gemuk atau yang tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya mudah diserang kencing manis.
Cadangan:
Amalkan Well3 Life Enzyme atau DiaLife bagi menggalakkan pankreas menghasilkan insulin secara normal untuk membantu sel-sel membakar glukosa.

2. Osteoporosis
Wanita, terutamanya yang menopaus, berisiko tinggi mendapat osteoporosis tetapi kaum lelaki juga boleh mengalaminya. Pencegahan paling berkesan adalah mengambil kalsium yang secukupnya, terutama ketika muda.
Cadangan:
Amalkan CNI Goat Milk untuk menambah kalsium badan (kandungan kalsium susu kambing lebih tinggi daripada susu lembu).

3. Demensia dan Alzheimer
Kemerosotan keupayaan mental adalah normal dalam proses penuaan. Warga emas disarankan mengambil ekstrak ginkgo kerana kandungan lakton di dalamnya terbukti menggalakkan peredaran darah ke otak dan meningkatkan fungsi sel-sel otak.

4. Daya ketahanan lemah
Daya ketahanan akan semakin menurun apabila usia semakin meningkat, menyebabkan warga emas mudah diserang penyakit. Pengambilan antioksidan seperti vitamin C boleh membantu mengurangkan masalah ini.

No comments:

Post a Comment